About Student

Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan)Pengurusan Koperasi 
Satu perjanjian usaha sama di antara MKM dan UUM telah ditandatangani bagi melaksanakan satu Program kerjasama iaitu pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan)Pengurusan Koperasi . Program kerjasama ini akan dijalankan secara sepenuh masa di MKM dengan Kampus Petaling Jaya akan menjadi kampus utama bagi menjalankan program kerjasama ini. Pengambilan pertama akan bermula pada sesi Disember 2008.
Program ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kefahaman dan kemahiran pengurusan koperasi bagi melahirkan kumpulan tenaga kerja pengurusan yang cekap dan terlatih. Selaras dengan itu kandungan kursus akan menekankan teknik-teknik pengurusan terkini yang sesuai untuk dipraktikkan dalam gerakan koperasi.

Program ini merupakan satu peluang istimewa kepada pemimpin-pemimpin koperasi bagi membolehkan mereka menimba ilmu dan memegang jawatan yang lebih tinggi. Ia juga merupakan satu peluang kepada pelajar-pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan memperoleh jawatan yang lebih baik.

Objektif Program
  • Melahirkan graduan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dari aspek pengurusan koperasi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang berkenaan.
  • Menambah peluang pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan koperasi kepada pelajar dalam negara dan luar negara.
  • Mengetengahkan ilmu dan teknik-teknik pengurusan koperasi yang menyeluruh dan terkini sebagai satu disiplin ilmu untuk dipraktikkan.
  • Membekalkan tenaga mahir dan terlatih dalam bidang pengurusan koperasi ke arah memantapkan pengurusan koperasi dengan lebih sistematik yang berdaya saing.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Urusetia
Program Kerjasama MKM-UUM
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan)Pengurusan Koperasi
Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi
Maktab Koperasi Malaysia
No. 21 Jalan Selangor, 46050 Petaling Jaya
No. Tel : 03-7952 4500 Faks : 03-7955 0863

Email :  antarabangsa@mkm.edu.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerena singgah disini